Monday, October 28, 2013

Kebenaran

Kebenaran.
 
Kalau tak tahu tetap nak tahu. Kalau dah tahu rasa sakit dari tak tahu. Sakit sangat. Sakit. Kebenaran macam tu lah. Kadang ada yang gembira. Kadang ada yang duka. Tetap tadah tangan. Syukur. Alhamdulillah. Untuk apa? Jangan dipersoal kerja Tuhan. Ingatkan diri untuk petunjuk yang benar-benar petunjuk. Allahhuakbar.
 
Daripada Anas bin Malik r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Ya Allah! Tiada kemudahan melainkan apa yang engkau menjadikannya mudah. Engkau menjadikan suatu kepayahan menjadi mudah apabila engkau kehendaki ia mudah." (Riwayat Ibn Hibban)

 

Friday, October 25, 2013

Migrain.

Punya la bertahun dah hilang. Suddenly, datang balik. Rindu i le tu. Best. I sambut u dengan tangan terbuka.

Walau ke mana arah kita pergi, jangan hilang sifat hati-hati. Nowdays, MasyaAllah. Malaysia minggu ini memang gempar dengan 2 kejadian tragis. 1 nya di USJ which is 45minutes away from home lagi 1 di Taman Melati which is only take about 5 to 10minutes. Aku tak suka. Tak suka mahu komen lebih-lebih tentang apa-apa tragedi atau tak kira apa-apa pun politik or whatsoever melainkan berkenaan dengan hidup aku. Aku bawa diri aku. Bukan bawa orang lain. Bodoh hidup kalau tak ada humansense. Takziah pada keluarga mangsa. Tolong dibela selagi boleh. Tapi bagi aku, Allah swt lebih tahu. Itu kuasa dia. Walau pemangsa sakit jiwa, walau pemangsa sakit terdesak, tersakit rakus, termakan hati 'binatang'. Yang buruk datang dari kita yang baik datang dari-Nya. Panjatkan doa minta dijauhkan dari segala apa bencana manusia. Walau aku sekali pun, tak kan aku sanggup lihat kejadian ahli keluarga sendiri di sapa mata ramai. Tak terbayang. Jadi tolong, hebahkan hanya pemangsa bukan mangsa. Innalillah. Please. Please. Bantu penyembuhan emosi keluarga mangsa, suami/isteri/anak/sedara-mara. Please.

Thursday, October 24, 2013

Santun.

Wallahualam.
 
'Jika engkau minta satu dunia akan akan coba. Ku hanya mampu jadi diriku pastikan kau bahagia'
 
Tersompek! Kalau nak dibariskan kat sini memang tak daya aku. Tapi setiap apa itu, cubaan aku adalah 101% malah lebih lagi aku rasa. To be in a perfect way, no one can. At least, try. Isn't?
Kalau mahu tulis biar jujur dari hati, nanti, baru kesampaian. Aku rase apa, aku tulis. Aku suka apa, aku buat. Aku benci apa, aku akan benci. Aku sayang apa, akan sepenuh hati. Aku usaha apa, sepenuhnya pasti.
 
Jadi mahu kata apa? Aku tak ambil kisah. Aku mahu semua tu dalam badan aku, otak aku! Nak lagi tragis dalan hidup aku sehari-hari. Sifat memberontak aku akan mula ada kalau itu bukan kehendak aku. Kadang-kadang, untuk aku dengar rintih barisan teman masih terdaya tapi sefaham aku hanya mendengar tapi tak mengerti. Juga aku. Merintih apa, pada siapa? Semua dusta. Jalan yang kau pilih adalah jalan yang kau dah pilih. Macam mana? Ikut suka. Ibarat dibentang canvas putih yang coretannya kau buat. Kalau hitam, hitam lah. Takkan hitam bertukar putih. Apa yang kau bawa adalah apa yang kau mahu. Bila masa kau diam, menung kan apa kelilingmu, kau akan tau betapa bodoh atau bijaknya kau. Yang penting sesalan apa yang kau rasa kerana kau bukan orang lain.
 
'Never blame anyone in your life. Good people give you happiness. Bad people give you experience. Worst people give you a lesson. Best people give you memories.'
 
The struggle u're in today,is developing the strength u need for tomorrow. Jadi, apa ada disekeliling padatkan untuk kau jalan ke depan. Peduli apa diorang kata, mati apa kau dengar mereka? Bukan diri mereka, tapi diri kau. Sometimes, some problems can only be solved if u are willing to shut ur mouth and learn how to open ur ears, heart and head. Bila ada yang buruk menimpa, kau punya 3 pilihan. - Let it define u. -Let it destroy u. -Let it strengthen u.

Don’t confuse ur path with ur destination. Just because it’s stormy now, doesn’t mean u aren’t headed for sunshine. And remember, u cannot heal a lifetime of pain overnight, be patient with urself, it takes as long as it takes, but ur happiness is well worth the wait.
 
Kerah segala apa daya yang tinggal, fight for it. ~"You can't grab the future if you are still holding onto the past." —Daniel Chidiac

Wednesday, October 2, 2013

Keras

life goes by
sky will cry
the rain passes by

it's broken
it's frozen

senyum tawar
mata sasar
gelak dipaksakan

hati ini --
keras
batuan

kau angkatkan tangan
kau alamatkan pada tuhan
kau tanyakan dan tanyakan
kenapa. mengapa.

redha itu suatu perkataan
yang kau zikirkan
semata-mata untuk tenangkan hati kawan

kau katakan kau pasrah
kau katakan kau serah
tapi tuhan kenal engkau!

kau baling semua rahmat, hadiah, cinta Dia
dan kau bandingkan sama hidup kawan
kenapa. mengapa.
cuma dia.
bukan aku, hai tuhan?

murahnya bicara
apakah berharga syiling semata?

mulut, senyumlah
mata, teranglah

lakonkan tari zapin depan kawan-kawan
jadilah siapa yang mereka mahukan
tapi di dalam hati nanti
kamu tanyakan sama tuhan:

"apa lagi yang kurang, tuhan?"
"apa lagi yang belum aku lakukan?"

jangan kau sebut nama tuhan aku
jangan kau laung tuhan aku
usah kau dengarkan semua lagu

hancur.

kalau di hati tiada ikhlasnya,
kalau di hati tiada jujurnya,
diam.


a turning point in my life, i guess.
just another phase in my life