Friday, January 3, 2014

Rezeki.

Alhamdulillah.
Ini adalah pembukaan tirai yang paling terkesan.
Memang dirancang dan syukur kerana diberi keizinan dari-Nya.

Moga aku akan dapat menjalankan tanggungjawab aku sehabis baik. Kerana ini juga nikmat untuk aku 'di sana' kelak.

Kalau lagi dipanjangkan izin-Nya, my 2nd baby is due on or around :

Tuesday, August 26, 2014

Right now i am about 6 weeks pregnant and my baby is the size of a lentil bean. and of course i hope my baby will grow healthy until its time. Well, kalau tanya tentang harapan, memandangkan my 1st baby is a boy so of course i hope this 2nd baby a girl. But the most important is baby sihat dan cukup sifat. Amin.

And i am having fun with :

 
to all becoming mummy's 'the sooner the better'. Based on my 1st pregnancy experiance. :)

Love,

Ayu

Monday, December 23, 2013

-offshit.

2013. 
2013 is the year that i personally should forget about. Kita merancang Allah swt juga yang berhak menentukan. Tamparan hebat. Bersangka baiklah kawan-kawan kerna apa yang berlaku punya penuh hikmah disebaliknya. Wallahualam. 

Mengharapkan tahun baru/hari baru yang akan datang adalah lebih teratur, bermakna, dan pasti mengharapkan yang baik-baik saja. Bernafas penuh pagi ini adalah lebih daripada apa yang diinginkan. Sedang hati bergelodak mahu melihat segala nyawa-nyawa aku bermain bersama, membesar bersama. MasyaAllah. Bila berfikir mati, bukan la 10 atau 20 tahun akan datang tapi jika hari ini diizinkan pasti berlaku. Mohon aku diberi kesempatan mahu melihat nyawa-nyawa ini lebih lama. Sungguh belum lagi terlaksana sempurna segala amanah dan amanatmu.

------------speeechless.

Thursday, December 12, 2013

10 Tips from Child Psychiatrist

Child Psychiatrist.Dr. Sherine. Hospital Gleneagles, Penang.

Kepada yang tak tahu, Child Psychiatrist ni ialah pakar brain development dan behavior kanak-kanak. Macam kalau dia tengok perangai sekian-sekian, dia dah boleh tahu apa masalah budak Umum pada 0-3 years old. Seriously berguna like hell.

1. Biasakan dan kerapkan bawak anak main pasir, buih, rumput, dan plastesin. 

Kalau boleh biar dia sentuh guna tangan dan kaki. Biar dia exposed dan touched dengan texture pasir, rumput, buih, etc. Benda-benda tu sangat merangsang motor skills dan sensory skills anak-anak.

2. Don't expose to too much things in a box. 

"Things in a box" which is mean like tv, ipad, tablet, phone, games etc. Yang ni paling ngeri.
Aku tengok sendiri dengan mata kepala aku, masa pergi special school Dr Sherine tu, ada sorang budak Australian ni. Umur baru 4 tahun. Jari tangan dia, kaki dia, lutut dia, semacam tak normal.
Tapi korang nak tahu apa sebab dia jadi camtu?Sebab too much exposed to computer light and touch screen!!Scary nak mampos hoiii.Tak sangka sampai boleh jadi gitu kan.Mak dia exposed budak tu main ipad sejak lahir tau.Makcik tu bercerita.Dia cakap saraf-saraf anak dia dah rosak. 
Sebab takde rangsangan dan kurang latihan pergerakan masa kecik. Patutnya masa kecik kan, baby aktif gila nak meniarap la, nak merangkak la, nak lompat-lompat la. Kan?Tapi sebab parents dia terlalu busy, dan diorang takde pembantu rumah, so dia bagi je baby tu leka dengan ipad 24/7! Hamik kau.Aku dengar pon macam nak baling lesung batu je kat mak dia.

So bila anak dia dah umur 4 tahun ni, baru nak pergi kelas pemulihan.
Belajar lompat, belajar meniarap, belajar merangkak. Kesian kan?

Sampaikan diorang tak bagi keluarkan apa-apa gadget depan budak tu.
Ada sekali tu, phone aku ada SMS masuk, so aku nak keluarkan la dari beg nak check SMS kan. Tetiba Dr. Sherine cakap kuat-kuat,
"No handphone in front of Alex! No handphone in front of Alex please!"

Aku ada mintak komen Dr. Sherine tentang gadget-gadget ni.
Sebab aku pon selalu je tengok Boboiboy dengan Haikal kat ipad. Hehehehe.
So ini jawapan Dr.Sherine,

"Takde masalah kalau nak tengok benda in a box ni (ipad, tivi, phone). But make sure not more than 10 minutes at a time."

"Never leave the child and ipad alone. Watch with him. Tengok Boboiboy sama-sama dengan dia, interact dengan dia. For example, kita cakap, Oh Boboiboy is wearing a red cap. Oh there, Boboiboy plays badminton with his friends! Sentiasa interact dengan dia while watching."

"It's a good sign when he wants to watch ipad, he asks you to join him. But bad sign when he doesn't want anyone to disturb or join him while he's watching. Itu petanda buruk. So always always always be with him and interact with him while watching."

Ini bahasa mudah untuk faham kenapa ipad, tivi, phone, games tak elok untuk perkembangan kanak-kanak, menurut Dr Sherine:

Bila kita tengok ipad, mata kita tertumpu kepada satu level sahaja.Tiada pergerakan "rolling" oleh mata.So bila too much ipad, that means no eyes nerves stimulation.So lama-lama pandangan anak tu tak luas.So brain dia pon tak boleh fikir dengan luas/kreatif.So parents digalakkan supaya banyak stimulate mata baby. How?Bawak keluar rumah. Look around. Atas, tunjuk sky, tunjuk airplanes.Bawah, tunjuk grass, tunjuk cat, tunjuk flowers.Kalau tak boleh keluar rumah, still boleh buat dalam rumah.Contohnya, boleh guna mainan flash cards ABC tu.Flash huruf A kat atas, supaya anak dongak ke atas.Pastu flash huruf B kat bawah pulak.Pastu flash huruf C sebelah kiri, huruf D sebelah kanan.Dan sebagainya. Dengan cara macam tu, automatik ada "rolling" eyes movement.So bila ada pergerakan mata atas bawah atas bawah camtu,saraf mata dirangsang dengan baik. So brain development pon berlaku dengan baik.
 
Aku rasa cukup mudah penjelasan yang Dr. Sherine bagi tu.
Terutama untuk orang vangang macam aku ni nak faham.
Maafkan saya, saya bukan Doktor. Dulu SPM Biologi B3 je. T_T



3. Stimulate their imitation skills.

Imitation skills ni ialah kebolehan mengikut atau meniru apa saje perkara yang dilihat disekeliling. Contoh kalau anak nampak kita clap hands, dia pon ikut clap hands.Dr. Sherine kata, ini masalah terbesar budak-budak sekarang.Lack of imitation skills.So vocab kurang, otak lambat pick-up, etc.Because language and speech is also an imitation skill,attitude pon imitation skill,cara berfikir pon imitation skill,dan semua-semua tu pon related to brain development.

So parents digalakkan buat kaedah-kaedah macam ni:
Say a word, dan suruh anak ulang.
Lukis satu simple drawing, dan suruh anak tiru.
Buat mimik muka macam nangis, senyum, gelak, marah dan suruh anak tiru.
Buat satu kerja mudah macam susun bantal atas katil, susun buku kat rak, dan suruh anak ikut.
 Nyanyi satu lagu, dan suruh anak ikut nyanyi.
Dance mengikut muzik, dan suruh anak tiru step yang kita buat.
Buat satu pergerakan macam merangkak, lompat, mencangkung, bergolek, dan suruh anak buat sama.

Oh lagi satu, Dr. Sherine cakap, pergerakan merangkak ialah sangat-sangat bagus.
Sebab dia melibatkan seluruh anggota badan, dari kepala ke hujung kaki.Dan menurut kajian, baby yang mengalami fasa merangkak yang lama, dikatakan lebih genius dan berfikiran kreatif berbanding baby yang merangkak sekejap atau tak merangkak langsung (terus boleh berjalan).

4. Banyakkan concept toys berbanding mainan superheroes, monsters, etc.

Concept toys tu macam, ABC 123 blocks, Lego, animals (yang realistic dan senang nak recognize), shapes blocks, vehicles, colour blocks, etc.Sebab benda-benda ni boleh tambahkan vocab anak.Plus boleh belajar sambil bermain.Dr. Sherine kata, avoid belikan mainan-mainan yang tak realistik.Macam barbie doll, superheroes dalam tivi, monsters, etc.Sebab masa bermain, dia tak boleh kaitkan dengan dunia realiti dia.Takut dia terlebih taksub dengan dunia yang fantasi tu pulak.Macam tak elok sangat la kan.

5. Bila nak ajar anak bercakap, ajar word dulu, avoid sentence.

Contoh macam kalau kita pergi zoo, kita nak tunjuk elephant kat anak,
better cakap,
"Elephant!" 
bukan 
"That is elephant!"
atau 
"Wow u see that big elephant?"

Unless kalau anak dah hafal animals tu semua, so boleh ajar sentence dengan adjective pulak.
Contoh,
"Tall giraffe. Big elephant. Beautiful butterfly. Yellow bird."
Avoid guna perkataan "The This That And With etc".
Direct je cakap "Big tiger. Beautiful bird."
Ajar word by word.Nak ajar budak bercakap kena slowly dan repetitively.

Bila nak bagi arahan pun sama.
Sebut perbuatan itu sahaja. Without a complete sentence.
Contoh,

"Eat." 
bukan
"Come and eat."
atau
"U must eat."

"Sit."
bukan 
"Come and sit beside Mama" 
atau,
"Sit and keep quiet."

Lama-lama budak tu akan cepat recognize, which one is noun, adjective, verb, etc.
Lepas dia dah banyak vocab, baru boleh start ajar buat sentence.



6. Kalau budak takut strangers. Ask them to high-5. Avoid salam, hug or kiss.

Biasanya budak yang takut strangers ni sebab dah banyak kali trauma atau ada bad experience each time jumpa strangers.
Contoh budak yang selalu sakit.
Banyak kali jumpa doctor/nurse yang asyik cucuk atau bagi ubat etc.
So bila jumpa strangers mana-mana pon, dia expect orang tu akan buat pape kat dia.
So macam fobia camtu la kan.Untuk overcome benda ni, Dr. Sherine tu suggest,
bila jumpa je sesiapa yang anak tu takut,Suruh orang tu high five dengan anak kita tuBiasanya kalau kita jumpa kawan ke saudara mara ke, mesti diorang nak pelok cium salam anak kita kan?So kalau anak yang jenis takut strangers ni, jangan bagi orang salam pelok terus,suruh high-5 dulu.
Kalau orang tanya kenapa, jawab ikut style nigga. Yaw yaw yaw. ;D

Menurut Dr. Sherine, high-5 is very powerful.
Dia boleh ubah mentaliti anak within seconds.
Bila kita high-5, akan berlaku sentuhan dalam beberapa saat, 
dan budak tu akan realize yang orang tu tak merbahaya.
So lepas tu, dia akan ok la dengan orang tu.

7. Bila anak buat salah. Explain instead of marah.

Macam kalau anak main marker pen, conteng satu rumah.Hoih mahu kau tak hangin kan?? So Dr. Sherine tu kata, instead of marah-marah membebel tak tentu pasal,better explain clearly kat anak tu kenapa benda yang dia buat tu salah.Ingat, anak tu tengah exploring his world, bukan sesaje nak cari pasal dengan kita.Lagi satu, setiap kali explain atau bercakap dengan anak, make sure mata kita dengan dia satu level.Melutut depan anak.Jangan cakap atau marah sambil berdiri,anak jadi bertambah takut.Nanti dia tak absorb pon apa yang kita nak sampaikan.

8) Overly-attached to one person is not a good sign.

Contoh macam anak tu rapat dengan mak je, dengan ayah tak berapa rapat.So itu petanda tak bagus.Something wrong with his self-esteem.So kena biasakan dia rapat dengan semua orang.Especially family members.

9) Bila bermain, follow his interest. 

Kalau anak nak main ball, jangan tetiba korang nak ajak dia main basikal.Kalau anak nak melukis, jangan korang nak ajak dia main ball.Ikut kehendak anak pada ketika itu.Sebab brain development akan berlaku pada tahap maksima bila budak tu betul-betul interested dan happy buat sesuatuperkara.Lain la kalau anak mintak nak main benda bukan-bukan. 

10) Bagi pilihan jawapan untuk enhance communication skill anak.

Contoh bila kita bertanya sesuatu kat anak kita,
kalau anak diam je sebab tak tahu nak camane,
jangan biarkan soalan tu tak berjawab.
Kita yang kena bagi pilihan jawapan kepada anak.

Contoh macam kalau kita tanya,
"Kenapa Haikal menangis?"

Tapi Haikal diam je,
mungkin sebab tak tahu nak jawab macam mana.
So kita bagi la beberapa pilihan jawapan, macam

 "Haikal jatuh?"
"Haikal sakit perut?"
"Haikal nak ikut papa pergi kerja?"
"Haikal bosan?"

Itu contoh.Even if dia respon dengan sekadar angguk je pon dah memadai.At least soalan dah terjawab. Dan lama-lama kang dia tahu la nak jawab macam mana if soalan yang sama diajukan dimasa akan datang.


Ok tu je 10 tips yang dapat dikongsi.
Lagi sekali, tips-tips ni ialah dari Dr. Sherine, Child Psychaitrist dari Hospital Gleneagles.

Kesan dia sangat drastik.
Sebab budak 0-3 y.o. ni development diorang memang lajuuuuuu.
So korang kena cepat praktikkan tips-tips di atas. =)

Tapi of course semuanya berlaku dengan izin Allah.
Tapi tak salah kita ikhtiar yang terbaik dan termampu.
Part usaha, doa, tawakkal tu kan tugas kita.
InsyaAllah, outcome dia nanti menggembirakan kita.
Sebab Allah tak pernah kecewakan hamba dia yang berusaha bhai..

#edited&copy paste from http://saatakukaupilih.blogspot.com

Monday, December 9, 2013

Banjir

Alahai.
Kenapa kena buat macam nih sekali?
Speechless.
Tak cuba nak belah mana-mana pihak tapi this is too much.

#credittowardinasafiyyah

Friday, December 6, 2013

Fly;Fly Away.

Semalam baby sitter minta cuti 1 hari dek kerana bekalan elektrik tak ada for the whole day. No hal la. Kita boleh pakai talian hayat. Acu dia jaga. Alang-alang tengah school holiday nih kan. Tahun depan dah SPM. Tolong berhempas pulas. Sepanjang masa bekerja hati rasa tak sedap. Malam sebelumnya Rafiq muntah-muntah berlendir mungkin dah puas batuk berminggu gamaknya. Habis masa bekerja tunggu suami jemput. Hati tak sabar nak balik nak jumpa si anak. Hati lagi rasa tak sedap walau dah jumpa. 

Oh, barangkali dia sebabnya.

Pohon aku. Kalau diri kamu rasa sudah cukup tanggung seksa dan dosa. Tolong lah. Rujuk kepada apa yang mampu bawa kamu keluar dari ini lubuk. Kamu punya masa depan. Kamu mampu. Dia mungkin tidak. Pintu rumah aku terbuka seluasnya untuk kamu. Tiba masa pula untuk aku berbakti. Jangan lah rasa malu kerna orang sekeliling yang memandang dan mengata. Pergi mampus! Pergi jahanam! Ada masa lagi. Tolong. Tiada hasut atau rasa dengki dari aku cuma aku punya mata yang penglihatannya terhad untuk kamu. Sudah sebegini lengkap tapi dicurahnya taik pada kamu. Sudah sebegini sempurna tapi diberi maki pada kamu. Luluh. Sakit. Nangis.

Maaf pergi awal semalam. Wayang yang disapa mata aku tak lagi menarik minat aku. Tak lagi teruja bagi aku. Aku kisah apa dia nak kata apa. Aku peduli apa. Kalau dia rasa dia betul dan punya kuasa atas segalanya dan itu adalah mungkin pada kamu bukan lagi pada aku. Seperginya aku semalam, panggilan yang aku terima mungkin dek kerana rasa bersalah dia. Yes. Syaitan aku berjoget. Sebab aku memang berbeda pada yang lain. Bukan aku kalau asyik nak menadah muka disekeliling, tengok saja. Bukan aku. Lantang aku sebab kita semua adalah berbeza-beza. Aku memang tak sama dengan yang lain. Memang ini perangai aku zahirnya. Sekurang-kurangnya aku tidak bertalam muka dan aku cuba untuk tidak menyusahkan sesiapa. Walau banyak lagi hina aku, aku masih lagi cuba untuk tidak menjadi se'hina'nya dia!!!

Apa yang dia bagi ini adalah sebaik-baiknya tauladan. Pengajaran untuk kami yang baru bermula. Ia memang terkesan. Mujur 'dia ' datang selepas aku selamat segalanya. Buat masa ni, kau dan kau tak lagi mampu untuk aku banggakan dan agungkan. Doa saja ini semua akan berakhir.

Sunday, December 1, 2013

Sunday.Sundae.

Happy working Sunday. Hye.

In the office. Yup. Managing a Public Talk. Some do's & dont's when constructing a positive environment for language acquisition. It's a Mr Tc Yoong the founder of Cosmotots iqd, probably the HQ is in Damansara Utama. Rather to be good or not. Alhamdulillah. Everything's going well.

Cosmotots iqd is actually a system of teaching children the English Language through fun and games, singing, story-telling. The children are encourage to THINK for themselves and ASK QUESTIONS. They are guided by mentors (teachers) and are grouped according to their abilities. So lepas nih, aku akan dikelilingi oleh kanak-kanak bukan lagi dikelilingi dewasa yang sangat kanak-kanak. Tak ada lagi tikam belakang, cakap belakang, pijak kepala sana sini, duniawi semata. Positive environment. I'm surrounded with positive environment. Jauh sangat dari apa yang aku hadap sebelum nih. Alhamdulillah. 98% they're all Chinese. But very very nice Chinese. Bukan macam apa yang aku pernah jumpa, kenal sebelum nih. Which is totally different. I'm happy what i'm doing now. I don't even care what people say. I do it my own. Penantian tu sakit tapi kadang-kadang ia adalah sakit yang ganjarannya sangat berbaloi-baloi. It's not what i'm expected to be at all. Seriously.

Well, this is it. Long way to go. Harap-harap lepas nih, segala yang dirancang akan berjalan seperti yang dirancang. No turning back. Moga ada barakahnya. 

Pesanan penaja ;

- Kepada sesiapa yang dah pijak aku dari belakang, aku maafkan.
- Kepada sesiapa yang mempergunakan aku, aku ampunkan.
- Kepada sesiapa yang memandang rendah kt aku, i've nothing to say.teruskan. 

Allah knows!


Monday, October 28, 2013

Kebenaran

Kebenaran.
 
Kalau tak tahu tetap nak tahu. Kalau dah tahu rasa sakit dari tak tahu. Sakit sangat. Sakit. Kebenaran macam tu lah. Kadang ada yang gembira. Kadang ada yang duka. Tetap tadah tangan. Syukur. Alhamdulillah. Untuk apa? Jangan dipersoal kerja Tuhan. Ingatkan diri untuk petunjuk yang benar-benar petunjuk. Allahhuakbar.
 
Daripada Anas bin Malik r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Ya Allah! Tiada kemudahan melainkan apa yang engkau menjadikannya mudah. Engkau menjadikan suatu kepayahan menjadi mudah apabila engkau kehendaki ia mudah." (Riwayat Ibn Hibban)