Wednesday, September 22, 2010

SEADANYA.

” Sesiapa yang tidak mensyukuri atas nikmat yang sedikit, hakikatnya dia tidak bersyukur atas nikmat yang banyak. Dan sesiapa yang tidak berterima kasih pada manusia, hakikatnya dia tidak berterima kasih pada Allah.”( Riwayat Nu’man Ibnu Bashir)


“Qanaah atau merasa cukup, kita biasanya tidak akan dapat semua yang kita mahukan. Ada yang susah dari segi kewangan tetapi punya ramai anak. Ada yang kaya raya tetapi kesepian dan impikan cahaya mata. Ini adalah sebahagian rahsia Allah, bukan kerana Allah tidak sayangkan tetapi kerana Dia sudah membuat perancangan yang rapi untuk manusia”. (Riwayat al Qudhaai)
BISIKKAN KE HATI


” Ya Allah! Kini aku sedar rahsia ketetapan Allah terhadap diriku. Jika cita-cita dan keinginan ku terkabul, aku akan bersyukur dan gembira dengan nikmat yang ada. Namun jika sebahagiannya tidak tercapai, tidak akan aku kesal dengannya. Aku sedar tiada yang sempurna dan aku terima keadaan ini seadanya.Ya Allah, semakin aku teruji dengan dugaanMu. Himpunkan kekuatan ku, Eratkan cahayaMu disisi ku, padukan imanku. Semoga benar pilihanku. Amin. Ya rabbal a'lamin ”

No comments: