Tuesday, October 18, 2011

Muhammad Rafiq Bin Aljufri

Milo panas, air kosong panas, nasi panas, lauk panas. Semuanya kena yang panas saja sekarang. Makan jamu pun untuk panaskan badan. 

Hye! Asslammualaikum.
Tengah berpantang nih. So today dah 27days. Few days more. hmm. Memang 1 pengalaman baru yang tak semua wanita dapat kat dunia. Syukur. Alhamdulillah. Walaupun saat menanti giliran nak bersalin tuh sangat payah sebab terpaksa contraction atas kerusi saja gara-gara Hospital Sungai Buloh dibanjiri bakal ibu-ibu. Tapi dengan kuasa Allah s.w.t tanpa ubat tahan sakit pun mampu  mengharunginya. Pagi kot. Dalam 230am 20 September 2011. Memng sakit yang tak pernah langsung dialami sampaikan bergerak tulang belakang. Melengkung sungguh badan. So moving to hospital. At 1000am doctor said laluan baru bukak 5cm. Tunggu lagi sambil contraction atas kerusi,  till 1120am laluan dh terbuka 9cm. Masa dh sampai. Walaupun sakit tapi hati masih kuat bersemangat waja hanya kerana 1. 1130am. Setelah bergelap dunia seketika muncullah yang dinantikan. Menitis air mata. Syukur. Semuanya selamat. Senang. Memang betul. Sukar digambarkan dengan kata-kata. Padanlah ibu-ibu sangat terluka jika anak tak mendengar kata. Kerana ikatan batin yang dianugerahkan Allah s.w.t antara ibu dan anak memang sangat kuat. Sepanjang berpantang memang kena jaga badan. Sebab kalau ibu tak sihat pasti baby pun tak sihat. Betul! Menakjubkan.


Picture taken still dalam labour room. Baju still darah2 lagi ok. Tapi kuat! Sebab puas. 
Muhammad Rafiq Bin Aljufri
20 September 2011
1130am
3.16kg

dan sekarang Rafiq 3.30kg. Naik!


p/s : Abah. This is for you. Baby Rafiq. Bukti. ILYDM.