Monday, December 23, 2013

-offshit.

2013. 
2013 is the year that i personally should forget about. Kita merancang Allah swt juga yang berhak menentukan. Tamparan hebat. Bersangka baiklah kawan-kawan kerna apa yang berlaku punya penuh hikmah disebaliknya. Wallahualam. 

Mengharapkan tahun baru/hari baru yang akan datang adalah lebih teratur, bermakna, dan pasti mengharapkan yang baik-baik saja. Bernafas penuh pagi ini adalah lebih daripada apa yang diinginkan. Sedang hati bergelodak mahu melihat segala nyawa-nyawa aku bermain bersama, membesar bersama. MasyaAllah. Bila berfikir mati, bukan la 10 atau 20 tahun akan datang tapi jika hari ini diizinkan pasti berlaku. Mohon aku diberi kesempatan mahu melihat nyawa-nyawa ini lebih lama. Sungguh belum lagi terlaksana sempurna segala amanah dan amanatmu.

------------speeechless.

Thursday, December 12, 2013

10 Tips from Child Psychiatrist

Child Psychiatrist.Dr. Sherine. Hospital Gleneagles, Penang.

Kepada yang tak tahu, Child Psychiatrist ni ialah pakar brain development dan behavior kanak-kanak. Macam kalau dia tengok perangai sekian-sekian, dia dah boleh tahu apa masalah budak Umum pada 0-3 years old. Seriously berguna like hell.

1. Biasakan dan kerapkan bawak anak main pasir, buih, rumput, dan plastesin. 

Kalau boleh biar dia sentuh guna tangan dan kaki. Biar dia exposed dan touched dengan texture pasir, rumput, buih, etc. Benda-benda tu sangat merangsang motor skills dan sensory skills anak-anak.

2. Don't expose to too much things in a box. 

"Things in a box" which is mean like tv, ipad, tablet, phone, games etc. Yang ni paling ngeri.
Aku tengok sendiri dengan mata kepala aku, masa pergi special school Dr Sherine tu, ada sorang budak Australian ni. Umur baru 4 tahun. Jari tangan dia, kaki dia, lutut dia, semacam tak normal.
Tapi korang nak tahu apa sebab dia jadi camtu?Sebab too much exposed to computer light and touch screen!!Scary nak mampos hoiii.Tak sangka sampai boleh jadi gitu kan.Mak dia exposed budak tu main ipad sejak lahir tau.Makcik tu bercerita.Dia cakap saraf-saraf anak dia dah rosak. 
Sebab takde rangsangan dan kurang latihan pergerakan masa kecik. Patutnya masa kecik kan, baby aktif gila nak meniarap la, nak merangkak la, nak lompat-lompat la. Kan?Tapi sebab parents dia terlalu busy, dan diorang takde pembantu rumah, so dia bagi je baby tu leka dengan ipad 24/7! Hamik kau.Aku dengar pon macam nak baling lesung batu je kat mak dia.

So bila anak dia dah umur 4 tahun ni, baru nak pergi kelas pemulihan.
Belajar lompat, belajar meniarap, belajar merangkak. Kesian kan?

Sampaikan diorang tak bagi keluarkan apa-apa gadget depan budak tu.
Ada sekali tu, phone aku ada SMS masuk, so aku nak keluarkan la dari beg nak check SMS kan. Tetiba Dr. Sherine cakap kuat-kuat,
"No handphone in front of Alex! No handphone in front of Alex please!"

Aku ada mintak komen Dr. Sherine tentang gadget-gadget ni.
Sebab aku pon selalu je tengok Boboiboy dengan Haikal kat ipad. Hehehehe.
So ini jawapan Dr.Sherine,

"Takde masalah kalau nak tengok benda in a box ni (ipad, tivi, phone). But make sure not more than 10 minutes at a time."

"Never leave the child and ipad alone. Watch with him. Tengok Boboiboy sama-sama dengan dia, interact dengan dia. For example, kita cakap, Oh Boboiboy is wearing a red cap. Oh there, Boboiboy plays badminton with his friends! Sentiasa interact dengan dia while watching."

"It's a good sign when he wants to watch ipad, he asks you to join him. But bad sign when he doesn't want anyone to disturb or join him while he's watching. Itu petanda buruk. So always always always be with him and interact with him while watching."

Ini bahasa mudah untuk faham kenapa ipad, tivi, phone, games tak elok untuk perkembangan kanak-kanak, menurut Dr Sherine:

Bila kita tengok ipad, mata kita tertumpu kepada satu level sahaja.Tiada pergerakan "rolling" oleh mata.So bila too much ipad, that means no eyes nerves stimulation.So lama-lama pandangan anak tu tak luas.So brain dia pon tak boleh fikir dengan luas/kreatif.So parents digalakkan supaya banyak stimulate mata baby. How?Bawak keluar rumah. Look around. Atas, tunjuk sky, tunjuk airplanes.Bawah, tunjuk grass, tunjuk cat, tunjuk flowers.Kalau tak boleh keluar rumah, still boleh buat dalam rumah.Contohnya, boleh guna mainan flash cards ABC tu.Flash huruf A kat atas, supaya anak dongak ke atas.Pastu flash huruf B kat bawah pulak.Pastu flash huruf C sebelah kiri, huruf D sebelah kanan.Dan sebagainya. Dengan cara macam tu, automatik ada "rolling" eyes movement.So bila ada pergerakan mata atas bawah atas bawah camtu,saraf mata dirangsang dengan baik. So brain development pon berlaku dengan baik.
 
Aku rasa cukup mudah penjelasan yang Dr. Sherine bagi tu.
Terutama untuk orang vangang macam aku ni nak faham.
Maafkan saya, saya bukan Doktor. Dulu SPM Biologi B3 je. T_T



3. Stimulate their imitation skills.

Imitation skills ni ialah kebolehan mengikut atau meniru apa saje perkara yang dilihat disekeliling. Contoh kalau anak nampak kita clap hands, dia pon ikut clap hands.Dr. Sherine kata, ini masalah terbesar budak-budak sekarang.Lack of imitation skills.So vocab kurang, otak lambat pick-up, etc.Because language and speech is also an imitation skill,attitude pon imitation skill,cara berfikir pon imitation skill,dan semua-semua tu pon related to brain development.

So parents digalakkan buat kaedah-kaedah macam ni:
Say a word, dan suruh anak ulang.
Lukis satu simple drawing, dan suruh anak tiru.
Buat mimik muka macam nangis, senyum, gelak, marah dan suruh anak tiru.
Buat satu kerja mudah macam susun bantal atas katil, susun buku kat rak, dan suruh anak ikut.
 Nyanyi satu lagu, dan suruh anak ikut nyanyi.
Dance mengikut muzik, dan suruh anak tiru step yang kita buat.
Buat satu pergerakan macam merangkak, lompat, mencangkung, bergolek, dan suruh anak buat sama.

Oh lagi satu, Dr. Sherine cakap, pergerakan merangkak ialah sangat-sangat bagus.
Sebab dia melibatkan seluruh anggota badan, dari kepala ke hujung kaki.Dan menurut kajian, baby yang mengalami fasa merangkak yang lama, dikatakan lebih genius dan berfikiran kreatif berbanding baby yang merangkak sekejap atau tak merangkak langsung (terus boleh berjalan).

4. Banyakkan concept toys berbanding mainan superheroes, monsters, etc.

Concept toys tu macam, ABC 123 blocks, Lego, animals (yang realistic dan senang nak recognize), shapes blocks, vehicles, colour blocks, etc.Sebab benda-benda ni boleh tambahkan vocab anak.Plus boleh belajar sambil bermain.Dr. Sherine kata, avoid belikan mainan-mainan yang tak realistik.Macam barbie doll, superheroes dalam tivi, monsters, etc.Sebab masa bermain, dia tak boleh kaitkan dengan dunia realiti dia.Takut dia terlebih taksub dengan dunia yang fantasi tu pulak.Macam tak elok sangat la kan.

5. Bila nak ajar anak bercakap, ajar word dulu, avoid sentence.

Contoh macam kalau kita pergi zoo, kita nak tunjuk elephant kat anak,
better cakap,
"Elephant!" 
bukan 
"That is elephant!"
atau 
"Wow u see that big elephant?"

Unless kalau anak dah hafal animals tu semua, so boleh ajar sentence dengan adjective pulak.
Contoh,
"Tall giraffe. Big elephant. Beautiful butterfly. Yellow bird."
Avoid guna perkataan "The This That And With etc".
Direct je cakap "Big tiger. Beautiful bird."
Ajar word by word.Nak ajar budak bercakap kena slowly dan repetitively.

Bila nak bagi arahan pun sama.
Sebut perbuatan itu sahaja. Without a complete sentence.
Contoh,

"Eat." 
bukan
"Come and eat."
atau
"U must eat."

"Sit."
bukan 
"Come and sit beside Mama" 
atau,
"Sit and keep quiet."

Lama-lama budak tu akan cepat recognize, which one is noun, adjective, verb, etc.
Lepas dia dah banyak vocab, baru boleh start ajar buat sentence.



6. Kalau budak takut strangers. Ask them to high-5. Avoid salam, hug or kiss.

Biasanya budak yang takut strangers ni sebab dah banyak kali trauma atau ada bad experience each time jumpa strangers.
Contoh budak yang selalu sakit.
Banyak kali jumpa doctor/nurse yang asyik cucuk atau bagi ubat etc.
So bila jumpa strangers mana-mana pon, dia expect orang tu akan buat pape kat dia.
So macam fobia camtu la kan.Untuk overcome benda ni, Dr. Sherine tu suggest,
bila jumpa je sesiapa yang anak tu takut,Suruh orang tu high five dengan anak kita tuBiasanya kalau kita jumpa kawan ke saudara mara ke, mesti diorang nak pelok cium salam anak kita kan?So kalau anak yang jenis takut strangers ni, jangan bagi orang salam pelok terus,suruh high-5 dulu.
Kalau orang tanya kenapa, jawab ikut style nigga. Yaw yaw yaw. ;D

Menurut Dr. Sherine, high-5 is very powerful.
Dia boleh ubah mentaliti anak within seconds.
Bila kita high-5, akan berlaku sentuhan dalam beberapa saat, 
dan budak tu akan realize yang orang tu tak merbahaya.
So lepas tu, dia akan ok la dengan orang tu.

7. Bila anak buat salah. Explain instead of marah.

Macam kalau anak main marker pen, conteng satu rumah.Hoih mahu kau tak hangin kan?? So Dr. Sherine tu kata, instead of marah-marah membebel tak tentu pasal,better explain clearly kat anak tu kenapa benda yang dia buat tu salah.Ingat, anak tu tengah exploring his world, bukan sesaje nak cari pasal dengan kita.Lagi satu, setiap kali explain atau bercakap dengan anak, make sure mata kita dengan dia satu level.Melutut depan anak.Jangan cakap atau marah sambil berdiri,anak jadi bertambah takut.Nanti dia tak absorb pon apa yang kita nak sampaikan.

8) Overly-attached to one person is not a good sign.

Contoh macam anak tu rapat dengan mak je, dengan ayah tak berapa rapat.So itu petanda tak bagus.Something wrong with his self-esteem.So kena biasakan dia rapat dengan semua orang.Especially family members.

9) Bila bermain, follow his interest. 

Kalau anak nak main ball, jangan tetiba korang nak ajak dia main basikal.Kalau anak nak melukis, jangan korang nak ajak dia main ball.Ikut kehendak anak pada ketika itu.Sebab brain development akan berlaku pada tahap maksima bila budak tu betul-betul interested dan happy buat sesuatuperkara.Lain la kalau anak mintak nak main benda bukan-bukan. 

10) Bagi pilihan jawapan untuk enhance communication skill anak.

Contoh bila kita bertanya sesuatu kat anak kita,
kalau anak diam je sebab tak tahu nak camane,
jangan biarkan soalan tu tak berjawab.
Kita yang kena bagi pilihan jawapan kepada anak.

Contoh macam kalau kita tanya,
"Kenapa Haikal menangis?"

Tapi Haikal diam je,
mungkin sebab tak tahu nak jawab macam mana.
So kita bagi la beberapa pilihan jawapan, macam

 "Haikal jatuh?"
"Haikal sakit perut?"
"Haikal nak ikut papa pergi kerja?"
"Haikal bosan?"

Itu contoh.Even if dia respon dengan sekadar angguk je pon dah memadai.At least soalan dah terjawab. Dan lama-lama kang dia tahu la nak jawab macam mana if soalan yang sama diajukan dimasa akan datang.


Ok tu je 10 tips yang dapat dikongsi.
Lagi sekali, tips-tips ni ialah dari Dr. Sherine, Child Psychaitrist dari Hospital Gleneagles.

Kesan dia sangat drastik.
Sebab budak 0-3 y.o. ni development diorang memang lajuuuuuu.
So korang kena cepat praktikkan tips-tips di atas. =)

Tapi of course semuanya berlaku dengan izin Allah.
Tapi tak salah kita ikhtiar yang terbaik dan termampu.
Part usaha, doa, tawakkal tu kan tugas kita.
InsyaAllah, outcome dia nanti menggembirakan kita.
Sebab Allah tak pernah kecewakan hamba dia yang berusaha bhai..

#edited&copy paste from http://saatakukaupilih.blogspot.com

Monday, December 9, 2013

Banjir

Alahai.
Kenapa kena buat macam nih sekali?
Speechless.
Tak cuba nak belah mana-mana pihak tapi this is too much.

#credittowardinasafiyyah

Friday, December 6, 2013

Fly;Fly Away.

Semalam baby sitter minta cuti 1 hari dek kerana bekalan elektrik tak ada for the whole day. No hal la. Kita boleh pakai talian hayat. Acu dia jaga. Alang-alang tengah school holiday nih kan. Tahun depan dah SPM. Tolong berhempas pulas. Sepanjang masa bekerja hati rasa tak sedap. Malam sebelumnya Rafiq muntah-muntah berlendir mungkin dah puas batuk berminggu gamaknya. Habis masa bekerja tunggu suami jemput. Hati tak sabar nak balik nak jumpa si anak. Hati lagi rasa tak sedap walau dah jumpa. 

Oh, barangkali dia sebabnya.

Pohon aku. Kalau diri kamu rasa sudah cukup tanggung seksa dan dosa. Tolong lah. Rujuk kepada apa yang mampu bawa kamu keluar dari ini lubuk. Kamu punya masa depan. Kamu mampu. Dia mungkin tidak. Pintu rumah aku terbuka seluasnya untuk kamu. Tiba masa pula untuk aku berbakti. Jangan lah rasa malu kerna orang sekeliling yang memandang dan mengata. Pergi mampus! Pergi jahanam! Ada masa lagi. Tolong. Tiada hasut atau rasa dengki dari aku cuma aku punya mata yang penglihatannya terhad untuk kamu. Sudah sebegini lengkap tapi dicurahnya taik pada kamu. Sudah sebegini sempurna tapi diberi maki pada kamu. Luluh. Sakit. Nangis.

Maaf pergi awal semalam. Wayang yang disapa mata aku tak lagi menarik minat aku. Tak lagi teruja bagi aku. Aku kisah apa dia nak kata apa. Aku peduli apa. Kalau dia rasa dia betul dan punya kuasa atas segalanya dan itu adalah mungkin pada kamu bukan lagi pada aku. Seperginya aku semalam, panggilan yang aku terima mungkin dek kerana rasa bersalah dia. Yes. Syaitan aku berjoget. Sebab aku memang berbeda pada yang lain. Bukan aku kalau asyik nak menadah muka disekeliling, tengok saja. Bukan aku. Lantang aku sebab kita semua adalah berbeza-beza. Aku memang tak sama dengan yang lain. Memang ini perangai aku zahirnya. Sekurang-kurangnya aku tidak bertalam muka dan aku cuba untuk tidak menyusahkan sesiapa. Walau banyak lagi hina aku, aku masih lagi cuba untuk tidak menjadi se'hina'nya dia!!!

Apa yang dia bagi ini adalah sebaik-baiknya tauladan. Pengajaran untuk kami yang baru bermula. Ia memang terkesan. Mujur 'dia ' datang selepas aku selamat segalanya. Buat masa ni, kau dan kau tak lagi mampu untuk aku banggakan dan agungkan. Doa saja ini semua akan berakhir.

Sunday, December 1, 2013

Sunday.Sundae.

Happy working Sunday. Hye.

In the office. Yup. Managing a Public Talk. Some do's & dont's when constructing a positive environment for language acquisition. It's a Mr Tc Yoong the founder of Cosmotots iqd, probably the HQ is in Damansara Utama. Rather to be good or not. Alhamdulillah. Everything's going well.

Cosmotots iqd is actually a system of teaching children the English Language through fun and games, singing, story-telling. The children are encourage to THINK for themselves and ASK QUESTIONS. They are guided by mentors (teachers) and are grouped according to their abilities. So lepas nih, aku akan dikelilingi oleh kanak-kanak bukan lagi dikelilingi dewasa yang sangat kanak-kanak. Tak ada lagi tikam belakang, cakap belakang, pijak kepala sana sini, duniawi semata. Positive environment. I'm surrounded with positive environment. Jauh sangat dari apa yang aku hadap sebelum nih. Alhamdulillah. 98% they're all Chinese. But very very nice Chinese. Bukan macam apa yang aku pernah jumpa, kenal sebelum nih. Which is totally different. I'm happy what i'm doing now. I don't even care what people say. I do it my own. Penantian tu sakit tapi kadang-kadang ia adalah sakit yang ganjarannya sangat berbaloi-baloi. It's not what i'm expected to be at all. Seriously.

Well, this is it. Long way to go. Harap-harap lepas nih, segala yang dirancang akan berjalan seperti yang dirancang. No turning back. Moga ada barakahnya. 

Pesanan penaja ;

- Kepada sesiapa yang dah pijak aku dari belakang, aku maafkan.
- Kepada sesiapa yang mempergunakan aku, aku ampunkan.
- Kepada sesiapa yang memandang rendah kt aku, i've nothing to say.teruskan. 

Allah knows!


Monday, October 28, 2013

Kebenaran

Kebenaran.
 
Kalau tak tahu tetap nak tahu. Kalau dah tahu rasa sakit dari tak tahu. Sakit sangat. Sakit. Kebenaran macam tu lah. Kadang ada yang gembira. Kadang ada yang duka. Tetap tadah tangan. Syukur. Alhamdulillah. Untuk apa? Jangan dipersoal kerja Tuhan. Ingatkan diri untuk petunjuk yang benar-benar petunjuk. Allahhuakbar.
 
Daripada Anas bin Malik r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Ya Allah! Tiada kemudahan melainkan apa yang engkau menjadikannya mudah. Engkau menjadikan suatu kepayahan menjadi mudah apabila engkau kehendaki ia mudah." (Riwayat Ibn Hibban)

 

Friday, October 25, 2013

Migrain.

Punya la bertahun dah hilang. Suddenly, datang balik. Rindu i le tu. Best. I sambut u dengan tangan terbuka.

Walau ke mana arah kita pergi, jangan hilang sifat hati-hati. Nowdays, MasyaAllah. Malaysia minggu ini memang gempar dengan 2 kejadian tragis. 1 nya di USJ which is 45minutes away from home lagi 1 di Taman Melati which is only take about 5 to 10minutes. Aku tak suka. Tak suka mahu komen lebih-lebih tentang apa-apa tragedi atau tak kira apa-apa pun politik or whatsoever melainkan berkenaan dengan hidup aku. Aku bawa diri aku. Bukan bawa orang lain. Bodoh hidup kalau tak ada humansense. Takziah pada keluarga mangsa. Tolong dibela selagi boleh. Tapi bagi aku, Allah swt lebih tahu. Itu kuasa dia. Walau pemangsa sakit jiwa, walau pemangsa sakit terdesak, tersakit rakus, termakan hati 'binatang'. Yang buruk datang dari kita yang baik datang dari-Nya. Panjatkan doa minta dijauhkan dari segala apa bencana manusia. Walau aku sekali pun, tak kan aku sanggup lihat kejadian ahli keluarga sendiri di sapa mata ramai. Tak terbayang. Jadi tolong, hebahkan hanya pemangsa bukan mangsa. Innalillah. Please. Please. Bantu penyembuhan emosi keluarga mangsa, suami/isteri/anak/sedara-mara. Please.

Thursday, October 24, 2013

Santun.

Wallahualam.
 
'Jika engkau minta satu dunia akan akan coba. Ku hanya mampu jadi diriku pastikan kau bahagia'
 
Tersompek! Kalau nak dibariskan kat sini memang tak daya aku. Tapi setiap apa itu, cubaan aku adalah 101% malah lebih lagi aku rasa. To be in a perfect way, no one can. At least, try. Isn't?
Kalau mahu tulis biar jujur dari hati, nanti, baru kesampaian. Aku rase apa, aku tulis. Aku suka apa, aku buat. Aku benci apa, aku akan benci. Aku sayang apa, akan sepenuh hati. Aku usaha apa, sepenuhnya pasti.
 
Jadi mahu kata apa? Aku tak ambil kisah. Aku mahu semua tu dalam badan aku, otak aku! Nak lagi tragis dalan hidup aku sehari-hari. Sifat memberontak aku akan mula ada kalau itu bukan kehendak aku. Kadang-kadang, untuk aku dengar rintih barisan teman masih terdaya tapi sefaham aku hanya mendengar tapi tak mengerti. Juga aku. Merintih apa, pada siapa? Semua dusta. Jalan yang kau pilih adalah jalan yang kau dah pilih. Macam mana? Ikut suka. Ibarat dibentang canvas putih yang coretannya kau buat. Kalau hitam, hitam lah. Takkan hitam bertukar putih. Apa yang kau bawa adalah apa yang kau mahu. Bila masa kau diam, menung kan apa kelilingmu, kau akan tau betapa bodoh atau bijaknya kau. Yang penting sesalan apa yang kau rasa kerana kau bukan orang lain.
 
'Never blame anyone in your life. Good people give you happiness. Bad people give you experience. Worst people give you a lesson. Best people give you memories.'
 
The struggle u're in today,is developing the strength u need for tomorrow. Jadi, apa ada disekeliling padatkan untuk kau jalan ke depan. Peduli apa diorang kata, mati apa kau dengar mereka? Bukan diri mereka, tapi diri kau. Sometimes, some problems can only be solved if u are willing to shut ur mouth and learn how to open ur ears, heart and head. Bila ada yang buruk menimpa, kau punya 3 pilihan. - Let it define u. -Let it destroy u. -Let it strengthen u.

Don’t confuse ur path with ur destination. Just because it’s stormy now, doesn’t mean u aren’t headed for sunshine. And remember, u cannot heal a lifetime of pain overnight, be patient with urself, it takes as long as it takes, but ur happiness is well worth the wait.
 
Kerah segala apa daya yang tinggal, fight for it. ~"You can't grab the future if you are still holding onto the past." —Daniel Chidiac

Wednesday, October 2, 2013

Keras

life goes by
sky will cry
the rain passes by

it's broken
it's frozen

senyum tawar
mata sasar
gelak dipaksakan

hati ini --
keras
batuan

kau angkatkan tangan
kau alamatkan pada tuhan
kau tanyakan dan tanyakan
kenapa. mengapa.

redha itu suatu perkataan
yang kau zikirkan
semata-mata untuk tenangkan hati kawan

kau katakan kau pasrah
kau katakan kau serah
tapi tuhan kenal engkau!

kau baling semua rahmat, hadiah, cinta Dia
dan kau bandingkan sama hidup kawan
kenapa. mengapa.
cuma dia.
bukan aku, hai tuhan?

murahnya bicara
apakah berharga syiling semata?

mulut, senyumlah
mata, teranglah

lakonkan tari zapin depan kawan-kawan
jadilah siapa yang mereka mahukan
tapi di dalam hati nanti
kamu tanyakan sama tuhan:

"apa lagi yang kurang, tuhan?"
"apa lagi yang belum aku lakukan?"

jangan kau sebut nama tuhan aku
jangan kau laung tuhan aku
usah kau dengarkan semua lagu

hancur.

kalau di hati tiada ikhlasnya,
kalau di hati tiada jujurnya,
diam.


a turning point in my life, i guess.
just another phase in my life

Sunday, September 22, 2013

Masa.

Sungguh lalu masa cepat tanpa disedar.
Sibuk dengan perkara didunia itulah kala leka akan dunia yang kekal.

Aku punya anak yang ingin 101% perhatian aku.
Alhamdulillah.
Hari ni, ulangtahun kelahiran nyawaku yang ke-2.
Allahuakbar.
Terima kasih.
Terima kasih banyak.
Yang didikannya akan penuh dengan keikhlasan, perkuat keimanan.
InsyaAllah.
Segala apa yang diberi akan ditangani dengan kewarasan akal yang wajar.
Membesarlah dengan iman.
Dengan sayang.
Dengan kasih.

Aku punya, akan aku teruskan kalau itu mampu aku.
Akan aku kekalkan kalau itu rezeki aku.
Tuhan punya kuasa. Aku buat apa daya aku.
Aku redha apa tetap aku.
Yang dah lalu tu, jadi pengiring aku untuk yang bakal datang.


Nih dia. I love you.


Monday, April 8, 2013

Deactivated -!

Facebook deactivated.

Don't ask me why.
Social network somehow turn to bad network. U can't denied.

Just shut up all damn you guys.

Fullstop.

I mean ~Friday im in love.

For now,

Lets WeChat. Add me. 
The only social network that i have.
Miss you. Missed you.

C ya.
Bai ~

Complicated.

- Complicated -

Jangan la ada effect tua nanti.

Berdiri tegak. Tangan disisi. Pandangan 60 darjah kehadapan.

Banyakkan solat. Kukuhkan doa. Kuatkan iman.

Tetapkan hati. Rasai jiwa.

Tawakal.

DIA punya kerja.

Amin. Amin. Amin. Ya rabbal a'lamin.

Friday, April 5, 2013

Awaiting.

Its hard. Totally hard. Missed me damn much. Long time ago. No more. It is now. Yes mean now.

Take step back. No step back. One step forward. Believe in you. Missed you damn much.

Perfectionist. I am not a perfectionist. While indeed. I am a perfectionist.

Be love. To be loves. Im in love. Why don't?

Having fun. More fun. This is fun. We know. What is fun.

Real. Make it real. Or just make it looks like real. Fake.

Move. Move. Move.


Tuesday, April 2, 2013

- XoXo

Hey, i miss you. -XoXo

Hey, long time no see. -XoXo

Hey, lets chatting now. -XoXo

Hey, love to meet you. -XoXo

Hey, you black failure. -XoXo

Hey, where've you been? -XoXo

Hey, hate to lose you. -XoXo

Hey, keep away your worries. -XoXo

Hey walley, walley hey walley, walley.

Hey, i love myfamily more. -XoXo

Tuesday, March 19, 2013

Mesej aku kalau rindu.

Mesej aku kalau kau rindu.
Mesej aku kalau kau perlu.
Mesej aku kalau kau buntu.
Mesej aku kalau kau pula yang sedu.

___________________________________________________________

Bagai tempat teduhku.
Bila terkena mencurah dalam sedu,
Sana tempat berbagi nyawaku yang tak ada nyata pada lain,
Kau satu yang memahami apa yang ada selama.

Walau tiada,
Nyata ada yang tiada,
Mampu buat langkah terhenti,
Yang kita ada nih abadi, walau ada yang kata tiada yang abadi,
Jangan disangkal.

Thursday, March 14, 2013

( . )

Memang salah satu tempat untuk menjadi perantaraan perasaan kita tentang dengan yang nyata mahupun dusta. Selain bersyukur aku boleh speak loud kat sini dengan tanpa niat untuk mengaibkan sesiapa tapi bagi yang terasa alhmdulillah and i'm sorry for that. Aku tak kejam. Betul. Cuma keadaan membuatkan kadang-kadang aku nampak kejam. Macam mana nih? ahah.

Tahun nih, kira-kira sebulan lebih yang lepas yakni pada 9 Januari 2011, aku dah 2 tahun berumahtangga dengan usia yang muda ok. Alhamdulillah. Dalam 2 tahun nih aku dikurniakan seorang anak lelaki yang cukup hensem macam bapaknya dan comel macam ibunya. Alhamdulillah. 

 2010 something kot

 Dah kahwin

Dah preggy! 

Baby dah lahir!

Aku hargai sesiapa yang pernah ada dalam hidup aku dan yang paling penting aku akan paling menghargai sesiapa yang ada dalam hidup aku sekarang walau kau pengutip sampah sekali pun. Ok makcik. i sayang u. Kerja u mulia. Tak semua manusia sanggup buat.

Sekarang, aku tengah membiasakan diri dari segenap sudut untuk diri membiasakan untuk 20 30 tahun akan datang. Moga Allah memanjangkan umur juga jodoh ku yang satu ini. Ameen. Walau kerja aku tak seberapa. Apa yang ada aku bersyukur. Aku memang sibuk. Dulu langkah aku kecil molek. Tapi kini langkah aku besar gajah. Aku sibuk. Tapi aku perlu bersyukur sebab aku sibuk bukan untuk calang-calang kesibukkan. Mulia di mata Tuhan! Ameen! Selalunya aku akan nampak sakai. Takpa! Janji anak aku hensem.

Setiap hari adalah hari penting untuk aku. Fullstop.

Notes :
Muhasabah la diri wahai.. Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Yang penting i feel so in love with si anak n bapaknya. Alhamdulillah.

Monday, March 11, 2013

Hidup itu Belajar.


Belajar bersyukur walaupun tak cukup,
Belajar ikhlas walaupun tak rela,
Belajar memberi walaupun tak seberapa,
Belajar memahami walaupun tak sehati,
Belajar taat walaupun berat,
Belajar sabar walaupun sukar,
Belajar setia walaupun tergoda,
Belajar mengasihi walaupun disakiti,
Belajar tenang meski gelisah,
Belahar cinta walaupun tak mencinta,
Belajar percaya walaupun susah.

Wednesday, March 6, 2013

Celaka.

Manusia kalau celaka memang dasar celaka. Sopannye ayat aku nih hanya untuk si manusia yang berhati celaka. Dilahirkan cacat tanpa sensetiviti antara kaumnya. Rugi la kan? Terkesan kat hati nih Allah swt saja yang tahu. Dilihat kini memang dunia hampir diakhir zaman. Masyaa Allah. Ampun seribu kali ampun. Mulut tekatup ketat ketika ini.

Pijak kepala pijak! Mungkin kepuasan diri kau macam binatang mungkin. Eh bukan macam tu ke? Dua puluh orang menjadi tunjang tak mustahil dua puluh orang nih akan jadi membelakang kalau kau si celaka terus bersikap celaka. Masalahnya Melayu kencing Melayu. Bukan maksud aku bukan Melayu tapi Melayu memang selalu kencing Melayu. Mulus niat nak tolong Melayu tapi Melayu memang celaka kat Melayu. Minoriti? Majoriti? Keliling aku is majoriti. Eh sial la. Si papa lupa agaknya. Baik lagi kita. Tak mengapa la kita lahir genetik terbojol tersompek terhakis terjuih sekali pun yang penting happy.

Monday, March 4, 2013

Everybody Loves Irene - Rindu



Untuk sekarang, layan lagu ni pun best jugak.

General

Hey.
Keliling aku, majoriti kawan-kawan yang baru lepas bersalin. Syukur Alhamdulillah. Segala selamat dan dipermudahkan. Congrats to all. Ade few yang bakal bersalin. Harap2 juga dipermudahkan dengan segala urusan.

Kalau nak fikir hal dunia memang takkan pernah habis. Toleh kiri, toleh kanan macam2 ragam. Berdiam diri kadang kala adalah lebih baik. Jujurnya, kesilapan sendiri adalah yang paling meniggalkan kesan dan menjadi pengajaran untuk kita diri sendiri. Perasaan kecewa ni takkan ada apa yang dapat mengubah. Selain meneruskan hari-harian seperti biasa. Doa ku paling utama agar segalanya kembali seperti sedia kala. Untuk meneruskan kehidupan yang akan datang perlunya semangat yang tegar dalam diri. Bila dah macam tu, macam ni plak jadinya. Moga Allah swt mengukuhkan hati ak untuk menjalani segala ujian-ujian hebat ini. Alhamdulillah, untuk perkara-perkara macam nih air mata dah mampu untuk disekat. Untuk ak bercerita dengan sesiapa mereka hanya mampu memberikan nasihat ataupun menyalah sangka. Pendam.

p/s 
Alfatihah untuk arwah. ape la kabarnya. Semoga atuk ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Wednesday, February 13, 2013

Copy Paste.


Cinderella

If my name was Cinderella
You could be the prince
I could wear my sparkling prom dress
We could fall in love the moment our eyes meet
If my name was Cinderella

If my name was Cinderella
We could have a song
And dance in the silver moonlight
You could hold me tight and spin me in the air
If my name was Cinderella

If my name was Cinderella
You could pick me up
In your gold and diamond carriage
You could be the hero of this fairytale
And I could be the one
If my name was Cinderella

But I can’t breathe, whenever you’re with me.

Can you feel my heartbeat in my chest
It’s getting faster every second
Time slows down, you are better than the best
But would you feel the same
If my name was Cinderella

I can’t breathe
‘Cause I’m not Cinderella
Until you’re here with me
I’m not Cinderella
You touch my lips
I’m not Cinderella
Then you show me with a kiss
That I’m your Cinderella