Thursday, January 12, 2012

Luruh.

Luruhnya hati seorang ibu bila melihat anak yang dikandung selama 9bulan melalui proses pembesaran yang pelbagai. Dari lahir dia belajar membuka mata walau silau terkena cahaya dunia. Senyum bersungguh untuk memberi isyarat kepada si ibu. Gelagat membuang air besar sambil meneran. :) that was so cute. Walau sakit, kamu masih berkuat untuk angkat kepala. Dan dari itu semua, anak ibu Rafiq sekarang dah boleh meniarap. Setiap proses yang dilalauinya sejak hari pertama melihat dunia, ibu tahu kamu amat bersungguh-sungguh dan pastinya kamu kuat semangat untuk semua itu. Ibu admire kamu. Ibu tersangat admire kamu. Ibu berasa sangat ralat sebab tak dapat nak bagi kamu susu ibu sepenuhnya. I mean it. Ibu sorry. Kalau kamu dah besar nanti pastikan kamu baca blog ibu dan semua post yang berkaitan dengan kamu kerana ibu nak kamu tahu betapa bermaknanya kamu dalam hidup ibu. Betapa bahagianya ibu melahirkan kamu. Jadilah hamba yang taat padaNya dan agama juga. Jadilah anak yang soleh dan penyejuk mata ibu dan abah. Jadilah rakyat yang berguna untuk negara. InsyaAllah tak kira apa yang berlaku ibu sentiasa di belakang kamu. Kalau kamu dah besar nanti tak kan sesekali ibu lupa setiap detik bersama kamu. Ibu sayang kamu Muhammad Rafiq. Ibu sayang kamu.


1 hari

1 bulan

2 bulan

3 bulan

Meniarap. :) Yeay!

No comments: