Wednesday, April 6, 2011

Dia bertopeng seakan 'Pak Joko'.


Gara-gara itu, orang-orang hanya menyangka Pak Joko itu punyai pendirian yang bagus. Seperti biasa, pagi ini Pak Joko 'mengayuh sepedanya' menuju ke tempat kerja. Bila sampai, Ia berhenti di meja rakannya. Di sanalah ia 'menyembunyikan' barang-barangnya.

Pak Joko menengok ke kiri dan ke kanan, mencari saat yang tepat untuk masuk dan 'menyembunyikan' barang-barangnya. Tergesa-gesa ia membuka 'pintu', lalu disimpan rapi agar tidak diketahui oleh mata sekeliling. Pak Joko lalu melangkah maju kehadapan setelah ditinggalkan beberapa cebis hari. Cermin kebal wajahnya telah retak. Rakan nampak. Terbongkar segala mancis diri. Tapi rakan-rakan masih lagi bertindak wajar seperti rakan. Memang sengaja bertindak seperti 'buta mata', 'buta telinga' dan 'buta hati'. Biarlah. Berlalu ia bersama tiupan angin di kala hari mengambang. Allah s.w.t itu suma pon tahu ialah Maha Berkuasa di dunia juga akhirat. Apa mahu dikisahkan. Pasti juga datang pembalasan.

“Akulah Joko! Akulah Joko kota! Tetapi aku tidak ingin orang-orang tahu kalau Si Joko adalah cermin semata,” kata hati Pak Joko sambil tersenyum. Telah berlama ia menyimpan rahsia itu (mungkin).

Seperti biasa, Pak Joko lalu membuka lembarannya itu. Ia mengambil peralatan 'make-up' dan 'pakaian khasnya' dan cuba beraksi lagi di kemudian hari seperti dia Pak Joko!!

No comments: