Friday, December 6, 2013

Fly;Fly Away.

Semalam baby sitter minta cuti 1 hari dek kerana bekalan elektrik tak ada for the whole day. No hal la. Kita boleh pakai talian hayat. Acu dia jaga. Alang-alang tengah school holiday nih kan. Tahun depan dah SPM. Tolong berhempas pulas. Sepanjang masa bekerja hati rasa tak sedap. Malam sebelumnya Rafiq muntah-muntah berlendir mungkin dah puas batuk berminggu gamaknya. Habis masa bekerja tunggu suami jemput. Hati tak sabar nak balik nak jumpa si anak. Hati lagi rasa tak sedap walau dah jumpa. 

Oh, barangkali dia sebabnya.

Pohon aku. Kalau diri kamu rasa sudah cukup tanggung seksa dan dosa. Tolong lah. Rujuk kepada apa yang mampu bawa kamu keluar dari ini lubuk. Kamu punya masa depan. Kamu mampu. Dia mungkin tidak. Pintu rumah aku terbuka seluasnya untuk kamu. Tiba masa pula untuk aku berbakti. Jangan lah rasa malu kerna orang sekeliling yang memandang dan mengata. Pergi mampus! Pergi jahanam! Ada masa lagi. Tolong. Tiada hasut atau rasa dengki dari aku cuma aku punya mata yang penglihatannya terhad untuk kamu. Sudah sebegini lengkap tapi dicurahnya taik pada kamu. Sudah sebegini sempurna tapi diberi maki pada kamu. Luluh. Sakit. Nangis.

Maaf pergi awal semalam. Wayang yang disapa mata aku tak lagi menarik minat aku. Tak lagi teruja bagi aku. Aku kisah apa dia nak kata apa. Aku peduli apa. Kalau dia rasa dia betul dan punya kuasa atas segalanya dan itu adalah mungkin pada kamu bukan lagi pada aku. Seperginya aku semalam, panggilan yang aku terima mungkin dek kerana rasa bersalah dia. Yes. Syaitan aku berjoget. Sebab aku memang berbeda pada yang lain. Bukan aku kalau asyik nak menadah muka disekeliling, tengok saja. Bukan aku. Lantang aku sebab kita semua adalah berbeza-beza. Aku memang tak sama dengan yang lain. Memang ini perangai aku zahirnya. Sekurang-kurangnya aku tidak bertalam muka dan aku cuba untuk tidak menyusahkan sesiapa. Walau banyak lagi hina aku, aku masih lagi cuba untuk tidak menjadi se'hina'nya dia!!!

Apa yang dia bagi ini adalah sebaik-baiknya tauladan. Pengajaran untuk kami yang baru bermula. Ia memang terkesan. Mujur 'dia ' datang selepas aku selamat segalanya. Buat masa ni, kau dan kau tak lagi mampu untuk aku banggakan dan agungkan. Doa saja ini semua akan berakhir.

No comments: